CIta-cita dan hobiku
LOVE THE SEA TO LOVE THE WORLD We should preserved our nature to ensure our next generation can enjoy life.
Friday, May 14, 2021
separuh umur
Tuesday, May 11, 2021
Dosa munafik
KAU YANG BERNAMA PEMIMPIN
KALAU AKU TAHU HATI MU
PASTI AKU TELAH MERAPATI MU
ANAK TERENGGANU YANG MANIS LAGI AYU
KELEMBUTAN TUTURKATA MU
SOPAN SANTUNMU
SELALUNYA MENGONCANG HATIKU
BETAPA BODOHNYA AKU KETIKA ITU
TAK TAHU MANA PERMATA
DAN YANG MANA KACA
MENGEJAR BAYANG YANG BUKAN DARJATKU
AKHIRNYA LUKA SENDNIRI
TERHIRIS KACA YANG SUMBING
KETIKA BERSEDIH KAU DEKATI
AKU RASA KEHANGATANYA
BUKAN SEKADAR SEORANG TEMAN
NASIHATMU IKHLAS
BUKAN SEKADAR BERSIMPATI
NAMUN BERTANYA
TIDAK AKU BERANI
SETELAH SEKIAN MASA KITA TERPISAH
KERNA MENINGGAL PUNCAK MENARA
MENCARI JALAN DAN HALA TUJU
TIBA TIBA KAU KEMBALI
KAU CURAH PERASAANMU
KEBERANIAN MU AKU HORMATI
MENGALAHKAN KEBODOHAN AKU INI
AIR MATA INI MENGALIR
KETIKA AKU KATAKAN
KEKOSONGAN HATI INI TELAH TERISI
KATAHUILAH KAMU SI 'PEMIMPIN'
ANDAI JANJI BELUM DIMETRAI
TAK MUNGKIN KULEPAS SEORANG BIDADARI
ANDAI DAPAT AKU KEMBALI
INGIN AKU PERBETUL KEBODOHAN INI
AGAR DAPAT AKU KATAKAN SENDIRI
TEMPAT MU ADA DI HATI INI
Tanggungjawab kita bersama
Jangan terlewat sahabat
Jangan sampai sawah dilimpahi air
Jangan ditunggu lurah di selaputi lumpur
Angkuh mereka itu
Bagai anjing melintang denai
Dunia di kejar
bagai tiada waris dimasa depan
Kalianlah mata kami
Kalian jugalah telinga kami sahabat
Ingatlah sahabat sekalian
tangan kami juga dua
Bilangan kami juga tak seberapa
Ingatlah juga sahabat
Kami bukanlah Al- Malik atau Al -Aziz
Kami memerlukan sahabat
Kerna menjaga Tanah Air ini tanggungjawab kita bersama
Monday, May 10, 2021
Tak aku tahu.
tanpa tajuk
jika dapat aku padam
Mahu aku hilangkan kenangan itu
bisanya terasa hingga ke rusuk ketujuh
lukanya kini meracuni
kalau kau mengetahui
Haruskah aku menyeru namamu
Agar kau tahu
hati ini masih menunggu
bukan harapan tapi jawapan
sebagai nokhtah episod hidup kita
Ya seruanku
Permulaan yang baik
biar penutupnya juga baik
semoga kau terus bergembira dimana juga bau berada
Tuesday, March 2, 2021
Hobi baru ku
Lama tak update blog pasal menyelam, bukan apa tapi memang tiada kesempatan turun kelaut. Tahun 2020 , kisah pandemik sememangnya menghalang team aku turun menyelam.
Bagi mengeluarkan peluh aku pilih berkayuh pula sebab kayuh tak lak terlalu berat memandangkan umurku dah sampai 50 tahun
Bulan Mac 2020 bulan aku mula berbasikal ni. Mula dengan basikal Oscar yang berharga RM 550.00. Aku mula berkayuh dengan basikal ni aku hanya boleh pergi paling jauhpun 7 km. Beratnya mak ai hanya aku sahaja yang rasa.
Hampir sebulan aku mula cari maklumat apa masalahnya dengan basikal aku tu... akhirnya baru aku tahu basikal ni ada saiz. Lain penunggang mungkin memerlukan saiz berbeza.
Aku terus ke AMJ cycle , Kepala Batas. Disitu baru aku tahu aku sesuai basikal saiz S-M. Masa tu tinggal sebuahje model Trinx saiz S dengan saiz tayar 27.
Tanpa fikir panjang RM 750 aku bayar dan bawa balik Trinx hitam. Dengan basikal tu aku mula kayuhan mula 6 km kemudian 12 dan kemudian 20 km.
Perh ... kalau kena dengan basikal memang boleh jalan jauh cuma aku guna MTB dan bukan RB, jadi speed tak lah selaju mana.
Okey jumpa lagi lain kali untuk ceeitakan pengalaman dengan basikal aku ni
Assalamualaikum.
separuh umur
Maaf teman Maaf kerna aku cerobohi hati mu Benar teman Benar Bukan pakasaan buat mu Mungkin aku silap Silap ku memberi harapan pada mu. Maaf...
-
The technique to reverse by only kicking
-
Tahukah kamu Tika kuharapkan jawapan Dan tika kau membisu Berpaling pergi Hati ini bagai direntap Nafasku pendek Mata ini kabur Meraba aku s...
-
Kerja sama dengan Jabatan Laut Sarawak, Latihan menyelam akan diadakan di kolam renang BDC pada 16 Dis 2009. Latihan dijalankan antara jam ...