Tuesday, March 2, 2021

Hobi baru ku

 Lama tak update blog pasal menyelam, bukan apa tapi memang tiada kesempatan turun kelaut.  Tahun 2020 , kisah pandemik sememangnya menghalang team aku turun menyelam.

Bagi mengeluarkan peluh aku pilih berkayuh pula sebab kayuh tak lak terlalu berat memandangkan umurku dah sampai 50 tahun

Bulan Mac 2020 bulan aku mula berbasikal ni. Mula dengan basikal Oscar yang berharga RM 550.00.  Aku mula berkayuh dengan basikal ni aku hanya boleh pergi paling jauhpun 7 km.  Beratnya mak ai hanya aku sahaja yang rasa.

Hampir sebulan aku mula cari maklumat apa masalahnya dengan basikal aku tu... akhirnya baru aku tahu basikal ni ada saiz. Lain penunggang mungkin memerlukan saiz berbeza.

Aku terus ke AMJ cycle , Kepala Batas. Disitu baru aku tahu aku sesuai basikal saiz S-M. Masa tu tinggal sebuahje  model Trinx  saiz S dengan saiz tayar 27.

Tanpa fikir panjang RM 750 aku bayar dan bawa balik Trinx hitam. Dengan basikal tu aku mula kayuhan mula 6 km kemudian 12 dan kemudian 20 km.

Perh ... kalau kena dengan basikal memang boleh jalan jauh cuma aku guna MTB dan bukan RB, jadi speed tak lah selaju mana. 


Okey jumpa lagi lain kali untuk ceeitakan pengalaman dengan basikal aku ni


Assalamualaikum.





No comments:

separuh umur

Maaf teman Maaf kerna aku cerobohi hati mu Benar teman Benar Bukan pakasaan buat mu Mungkin aku silap Silap ku memberi harapan pada mu. Maaf...