Tuesday, May 11, 2021

Dosa munafik

Andai pendusta itu berdosa
Berdosalah aku
Berpura tidak cemburu
Ketika kau berdua dengannya.

Tidak aku mahu menjadi munafik
Bila terpaksa aku tersenyum
Ketika kau becerita
Kebahagian bersama denganya

Wahai hati
Tak sangup aku lagi
Menjadi pendosa yang munafik
Haruskah aku mencurah rasa ini.

Waktu kau sunyi
Aku disisi menemani
Ketika kau sedih
Aku sentiasa mendengar
Kenapa dia yang kau nanti
Kenapa dia yang kau sayangi

Kenapa susah untuk kau mengerti
Atau perlukah aku melangkah pergi
Baru kau sedar pengorbanan ini
Beban yang perlu aku tanggungi

No comments:

separuh umur

Maaf teman Maaf kerna aku cerobohi hati mu Benar teman Benar Bukan pakasaan buat mu Mungkin aku silap Silap ku memberi harapan pada mu. Maaf...